Wednesday, February 3, 2010

Tinta GB

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Laman Web Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 8 (Felda) dapat dihasilkan. Ini adalah hasil komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah secara langsung dan tidal langsung.

Laman web ini merupakan wadah maklumat kepada semua guru, kakitangan sekolah dan murid dalam pencarian maklumat sekaligus memberi pendedahan kepada semua dalam bidang ICT. Adalah diharapkan usaha menyediakan laman web yang lengkap ini dapat membantu Guru Media memperkenalkan Sekolah Kebangsaan Palong 8 (Felda) dikalangan sekolah - sekolah lain.

Selain itu, salah satu proses yang perlu dititikberatkan dalam mewujudkan sekolah yang terbilang adalah prestasi PSS. Ini kerana PSS memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan sekolah disamping mendedahkan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Akhir kata, saya amat berharap laman blog ini dapat memberi maklumat serta gambaran yang jelas tentang Sekolah Kebangsaan Palong 8 (Felda) disamping meningkatkan prestasi dalam penggunaan ICT dengan lebih baik.














Guru Besar SK Palong 8(F);
Puan Mas Binti Dahalan
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template