Sunday, September 13, 2020

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2020

 Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2020 | Cikgu Ayu dot My

Malaysia Prihatin tema sambutan Hari Kebangsaan 2020

KUALA LUMPUR: Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Tujuh jalur merah putih yang membentuk hati, membawa maksud terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Sementara warna biru tua pula memberi erti kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni.

Stigma bunga raya yang digabungkan bersama logo berbentuk hati itu pula menzahirkan bahawa negara menuju kejayaan, manakala lima titik merah adalah simbolik kepada lima kelopak bunga raya menggambarkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.

Bulan sabit dan bintang pecah 14 pula menggambarkan Islam sebagai agama Persekutuan dan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Logo dan tema Hari Kebangsaan itu diperkenalkan dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020.

Ini adalah kali kelima logo berbentuk hati digunakan selepas 1994, 1997, 2015 dan 2016. – BERNAMA

Tuesday, July 14, 2020

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. SESI PERSEKOLAHAN NORMA BARU 2020.

 APA ITU COVID-19? | Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah  Persekutuan Malaysia

Infografik | COVID-19 MALAYSIA

Langkah Pencegahan COVID-19 di Sekolah

Wednesday, January 1, 2020

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2020.

 Selamat Datang dan Selamat Kembali Ke Sekolah - SK PERLOK

Monday, August 1, 2016

Hari Kantin SKP8 2016

 Program : Hari Kantin SKP8 2016

Tarikh : 30 Julai 2016
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Perasmi Pembukaan : Yang Berbahagia Mantan Guru Besar SK Palong 8 (Felda), En Noor Azmee bin Haji Arshad (kini menjadi guru besar di SK Palong 14 (F)
Perasmi Penutup : Yang Berbahagia Guru Besar SK Palong 8 (Felda), En Nor Azman bin Ishak.

 Mantan Guru Besar SK Palong 8 (Felda), En Noor Azmee bin Haji Arshad
 Guru Besar SK Palong 8 (Felda), En Nor Azman bin Ishak

 Konvoi Motosikal Berkuasa Besar yang menjadi perhatian ramai.
 Ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat, PDRM, Bomba dan lain-lain
 Permainan BINGO yang mencabar minda dari Persatuan Matematik
 Agensi Bomba
 Bank Simpanan Nasional (BSN)
 Cabutan Bertuah untuk mereka yang bertuah pada hari tersebut.
 GoldCoast Melaka
Maskot GoldCoast Melaka yang menjadi rebutan kanak-kanak.
 Jualan Barangan Terpakai.
 Jualan Pakaian Terpakai laris seperti pisang panas.
 Persatuan Bahasa Melayu. Permainan Baling Tin dan Baling Gelung.
 YDP PIBG SKP8, En Selamat bin Amat turut bermain baling tin.


 Mysterious Ballon dari Persatuan Bahasa Inggeris.
 Rumah Hantu kendalian BKS yang paling dinanti-nantikan oleh kanak-kanak.
 Rumah Hantu yang menyeramkan.
 Permainan X-Box dari Badan Kebajikan Guru dan Staf (BKS)
Mantan GB dan GB turut mencuba skil masing-masing.
Pemenang Gerai Paling Havoc, Persatuan Bahasa Inggeris. Tahniah.

Monday, April 9, 2012

Selamat Bersara Puan Guru Besar...

Majlis Persaraan Puan Mas binti Dahlan telah diraikan oleh warga sekolah SK Palong 8 (f) pada 8 Februari 2012. Majlis persaraan beliau telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Ternyata murid-murid dan guru-guru begitu terasa akan kehilangan beliau di sekolah ini. 

Kami warga SK Palong 8 (f) akan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan berharap Puan Mas akan menggunakan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Selamat bersara Puan Mas dan terima kasih di atas sumbang bakti yang telah diberikan selama ini!

Jasamu dikenang.... 

Wednesday, September 14, 2011

16 SEPTEMBER 2011 - SAMBUTAN HARI MALAYSIA


Thursday, January 6, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011 dan Salam Aifdilfitri


Selamat menduduki peperiksan UPSR 2011 kepada semua murid tahun 6 SKP8(f)
                                    

Selamat Menyambut Aidilfitri 1432H kepada semua warga SKP8 (f)

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template